biarkan kalimah Bismillah sebagai permulaan bagi setiap perkara dilakukan ,
Alhamdulillah tanda bersyukur atas segalanya :)
tiada siapa yang tahu bila hari kiamat tiba ,
tapi sebagai hamba haruslah bersedia kerna tanda2 kecil da banyak berlaku .
saya bukan ustazah nak nasihat orang , saya bukan perempuan yang baik sampai tak pernah lakukan kesalahan .
sebagai saudara seagama, saya hanya sekadar menegur & menasihati ke arah yang lebih baik .
semoga [post] harinih tak jadi bahan ejekan ..
okay2,
buat gadis2 , ibu2, makcik2 kat luar yang suka berfesyen .
tak salah kalau nak berfesyen tapi ada pandaila fikir macamne jenis fesyen ye . orang zaman sekarang berfesyen tak kire umur dah ~ hehe
tak malu ke pakai tudung tapi nampak rambut ?
apa sebab pakai tudung ek ?
mungkin rambutnye kusut , tak sempat nak sikat sebelum keluar jadi jalan terbaik pakai tudung untuk tutup kepala atas je . dengan menayangkan leher , dada dan aurat yang lain .
pelbagai dalil yang boleh dijadikan panduan untuk semua kalau nak berpakaian :)
Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.;
“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
* berdasarkan firman di bawah , seringkali pasti ada percakapan sesama sendiri mengatakan bahawa orang yang berpurdah juga diganggu . jadi lebih baik berpakaian biasa . okay, bagi otak2 & pemikiran yang sebegini. memanglaa kan tapi harus fikir apabila cenggini keadaanya :)
contoh pertama ,,
berjalannya dua orang wanita melalui ramai lelaki .
wanita yang pertama - pakaian yang tidak cukup kain, tidak memakai tudung, high heels .
wanita yang kedua - berjubah/baju kurung. tudungnya dilabuhkan ke bawah dada/ jilbab, sandal kasut biasa.
apa pandangan lelaki? renungkanlah ;)
seterusnya contoh kedua ,,
apabila wanita yang baik berjalan melalui lelaki , pasti akan di {menganjing} kan seperti "Assalamualaikum ustazah" & {tetibe ada doa yang dibaca} ~ bukankah lelaki itu mendapat pahala ? insyaAllah, sedikit demi sedikit pasti akan membuat lelaki itu berubah . tak faham lagi ? fikirkan lebih kalau nak capai syurga abadi !!
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[surah al-Ahzab 33:59]
Anak perempuan yang mendedahkan auratnya , apabila dia berjalan melangkah keluar dari rumah, selangkah ayahnya menuju neraka. jadi ingatlah anak perempuan. perbuatan kita membuatkan ayah kita masuk neraka !takde rase kesian? kenapa? hebat sangat dah? banyak sangat pahala ?
orang perempuan yang pakai tudung tak semestinya baik tapi orang perempuan yang baik pasti akan bertudung ;)
cekla apa kesalahan korang & terima dengan hati terbuka & cuba berubah ye . Allah maha pengampun lagi maha penyayang ;) takde istilah terlambat . berubah sekarang ye!
insyaAllah =,=
terima kasih kerana sudi baca ;)
semoga Allah memberkatimu & mempermudahkan segala urusanmu di dunia & di akhirat ^^
sama2lah kita tegur orang2 di sekeliling kita , insyaAllah banyak ganjarannya :)
InsyaAllah ;)
ReplyDelete